اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Siapa Yang Menggunakan Perkataan Salam?? Apakah maksud disebaliknya??
(Tuhan menjawab rayuanya dengan berfirman): “Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ‘Selamat tinggallah!’ Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)!”
Surah Az-Zukhruf ayat ke 89.
Oleh itu, baiklah KiTa menggunakan perkataan sekurang-kurangnya ASSALAMUALAIKUM atau lebih baik menggunakkan perkataan ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...
Ilmu ini untuk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain. Berpesan-pesanlah kamu atas urusan kebaikan.
Dalam satu sesi di radio IKIM, Ustaz Zawawi ada menceritakan tentang sunnah Rasulallah SAW. Antara yang dibincangkannya ialah tentang abab dan cara memberi salam.
Menurut ustaz Zawawi Yusof, baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam daripada para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”. Secara ringkasnya, Rasulullah SAW akan memberikan salam dengan ucapan “Assalamualaikum” dan pula menjawab salam dengan “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam. Banyak yang kedengaran ramai ramai orang yang menjawab salam dengan ucapan yang tidak tepat. Jawab salam yang betul ialah “WAALAI KUMUS SALAM” dan bukannya yang selalu didengari iaitu “WAALAI KUM SALAM”.
Apabila KiTa ingin berkirim salam kepada orang lain, hendaklah KiTa berkata:
“Kirim salam, Assalamualaikum pada si dia ye” dan bukannya dengan “Kirim salam kat si dia yer”. Dan jangan pula KiTa nie memandai-mandai menokot-tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat si dia yer“. Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tetapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan “AKUM” adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud “BINATANG” dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan “Avde Kokhavim U Mazzalot” yang bermaksud “HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT”.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum”, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum”.
* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope”.
* Jangan guna “A’kum” kerana “A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.
* Jangan guna “Semekom” kerana “Semekom” bermaksud “Celaka Kamu”. Gunakan perkataan “As Salam” sebagai singkatan bagi “Assalammualaikum”.
Tolong gtau kat rakan kita yang muslim yang lain, InsyaAllah.
terima kasih ats info2 yg berguna ni...
ReplyDelete