Sering
kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang
mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti
tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan
yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita.
Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang
lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu
kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan
berlaku.
1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong
perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual
harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang
baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding
kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku
hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat
diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila
anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun
kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat
menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang
besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka
yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang
singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas
mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini
tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada
mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan
No comments:
Post a Comment