Tuesday, January 18, 2011

I'M Sorry

Nak berkongsi sikit la dengan korang semua. Kalu rajin bacalah, kalau tak rajin pun mintak tolang bacalah. Sebenarnya nie pun bukan aBe yang punya idea. Just nak berkongsi jer ngan aDeK. Nak delete rasa sayang sebab ianya sesuatu yang menarik dan perlu dihayati. Trimas la kepada penghantar email nie kat aBe. So sbb aBe pun nak aDeK rasa sayang jgk kat bnda nie. aBe kongsikan Kisah Perbualan Pensil dengan Pemadam.


Pensil : Maafkan saya.

Pemadam : Untuk apa. Kamu tidak melakukan apa-apa kesalahan pun.

Pensil : Maafkan saya kerana disebabkan saya, kamu terluka. Tidak kira beberapapun kesalahan yang saya buat, kamu sentiasa ada disisi dan memadamnnya. Kerana kamu memadamkan kesalahan saya itu menyebabkan kamu kehilangan sebahagian daripada diri kamu. Kamu semakin kecil dan kecil setiap kali saya melakukan kesalahan.

Pemadam : Benar apa yang kamu katakan tetapi saya tidak kisah itu semua. Hal ini kerana saya diciptakan untuk berbuat demikian. Saya dicipta untuk membantu kamu apabila mana kamu melakukan kesilapan. Walaubagaimanapun, saya tahu yang saya akan pergi pada suatu hari nanti. Saat itu kamu akan mengantikan saya dengan yang baru. Saya sangat gembira melakukan kerja ini untuk kamu. Saya merayu supaya kamu tidak terlalu risau. Saya tidak senang melihat kamu sedih kerana saya ini. :)

Perbualan antara Pensil dan Pemadam ini sangat memberi inspirasi dan unik yang belum pernah ku temui ataupun ku baca. Jika kira melihatnya ke atas diri kita manusia. Ianya seperti perbualan antara Anak dan Ibu Bapa. Anak sebagai Pensil dan Ibu Bapa sebagai Pemadam. Mereka selalu ada untuk anak-anak tidak kira apapun. Selalu menyelesaikan, merungkai, memadam, membetulkan kesalahan anak-anak. Sepanjang perjalanan hidup mereka hingga hari tua ataupun telah kembali kepada-Nya, banyak mereka lakukan untuk kita, selalu terluka, selalu terguris tetapi mereka tetap disisi menemani anak-anak mereka. Mereka sentiasa bahagia melihat kita bahagia, apatah lagi apabila bertemu jodoh dan mereka akan berasa sedih jika melihat anak-anak mereka yang disayangi ini berduka.

Ini untuk Ibu Bapa semua..

Hang in there!

No comments:

Post a Comment