Saturday, January 29, 2011

Assalamualaikum. Daripada masej ini tersimpan saja dalam inbox email, saya terfikir lebih baik dikongsikan kepada umum melalui blog seperti ini. Kepada penghantar email ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana info yang amat berguna kepada semua khususnya umat Islam. Sekarang kita semua tahu akan penjajahan yang dilakukan oleh golongan-golongan tertentu tidak lagi dilakukan secara fizikal tetapi dijalankan secara halus seperti hiburan, pemikiran dan banyak lagi. Kandungan email yang saya terima adalah seperti berikut dan ada sedikit ubah suai dilakukan. Semoga apa yang nak saya sampaikan hari ini dapat memberikan sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat Lady Gaga. Insya-Allah. Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru Lady Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati .Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release.terdapat banyak kontrovesi mengenai video tersebut. Masa nak tengok tu macam serba tak kena jugak. Seperti yang kita tahu semua, kebiasaan video clip Lady Gaga banyak unsur-unsur lucah .Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam video dia kali ni jadi saya play jugak video dia. Jadi seperti yang disangka Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang ‘Illuminati puppet’ .Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh setakat ini.

Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik .Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web Rasanya ramai jugak yang dah tahu Lady Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati .Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati bolehlah ke web ni http://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal, ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni.

Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya mendengar lagu, mungkin tidak banyak yang kita boleh ketahui, tetapi lain pula kalau melihat sambil mendengar. Kita akan mula analisa daripada permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca buka mata tapi baca dan buka minda.

Video dimulakan dengan para lelaki membuat beberapa formasi dan beberapa daripada mereka kepalanya ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan. Salah satu lelaki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.

“I know that we are young

And I know you may love me

But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro”


Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Lady Gaga berada didepan mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus). Sacred Heart ni adalah merupakan pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan Kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati biasa tetapi ada paku dan dawai yang dililit-lilitkan (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus). Google untuk baca lebih lagi.

“But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro

Siapakah Alejandro? Seorang lelaki yang dia tidak dapat bersamakah? Kemudian dia berlaku curang dengan Roberto dan Fernando? (apa yang didasarkan pada lirik). Jawapannya adalah tidak .Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin kita takkan faham akan maksudnya sebenar. Gambaran video ini mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam Jadi kalau bukan manusia .Apa dan siapakah Alejandro?

Kemudian Lady Gaga ini dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Lady Gaga kemudiannya mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - The All-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya.
Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang mengawalnya atau dengan kata lain kita gunakan istilah adalah ‘mind-control slave’. Dia tidak boleh mengawal pergerakannya sendiri Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajahnya nampak kosong, nampak bingung betul betul seperti seorang hamba yang dikawal segala pergerakannya - oleh Lady Gaga sebagai illuminatist.
Dalam adegan selanjutnya, Lady Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati (Kristian) dan memegang tasbih. Okay jadi boleh nampakkan Waktu scene ini Lady Gaga sedang memandang ke langit dan menyanyi part “Stop, please, just let me go, Alejandro”. Sebaik saja dia sebut “Alejandro”, Lady Gaga mengangkat kedua tangannya kelangit. Jadi dalam keadaan ini, kita boleh nampak dengan jelas bahawa yang Alejandro merujuk kepada Tuhan bukan manusia.

“She hides true love

En su bolsillo

She’s got a halo’ round her finger

Around you”

Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger (cincin kahwin) merupakan penyatuan Lady Gaga dengan Tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillonya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan dia mula menyalahkan Tuhan. Selepas sahaja lirik tu, konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula. Hal ini kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Lady Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan sendiri .Dengan memeluk satu spirituality yang baru .Dalam video ni lebih menunjukkan yang Lady Gaga telah bertukar daripada biarawati menjadi paderi Luciferian (Syaitan). Kenapa dikatakan menjadi paderi Syaitan?

(Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)

Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelas yang jubah Lady Gaga diatas .Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ini menunjukkan bahawa simbol yang membawa maksud yang jelas. Kita sedar akan salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai “Cross Of St.Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tetapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan.

Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan.Untuk memuja dan menyeru syaitan.

“In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (…) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of white magic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed.”- Manly P. Hall

Waktu ini pula lirik yang dinyanyikan menunjukkan Lady Gaga tidak mahu diganggu oleh Tuhan.

“Don’t bother me; don’t bother me, Alejandro (merujuk kepada Tuhan)

Don't call my name; don’t call my name, Bye Fernando

I'm not you're babe, I'm not you're babe, Alejandro” (Tuhan)

Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu Lady Gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik dialat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan. Mengangkat seperti mengagungkan Lady Gaga,dan menyambut kedatangan Lady Gaga ke dalam kumpulan mereka.

Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Lady Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya. Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan dalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi dan dalam agama Islam sendiri ada tasbih. Jadi dengan menelan tasbih, Lady Gaga berhasrat ingin menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Lady Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer. Jelas menunjukkan yang Lady Gaga bukan menyembah Tuhan tetapi Lucifer.
“I’m not your babe, I’m not your babe, Fernando”

Waktu menyebut perkataan Fernando, Lady Gaga membuat simbol tangan macam itu (yang jelas merujuk kepada Jesus). Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Janganlah ingat bahawa Lady Gaga tu buat simbol itu adalah suka-suka tetapi sebabnya semua simbol membawa makna yang tersendiri .Kita yang kena solve apa makna dia.

Dapat dilihatkan dekat belakang Gaga ada salib. Lady Gaga dah menghina agama Kristian cukup banyak dalam video dia ini. Lady Gaga menyanyi sambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik:

“Don't call my name; Don't call me Name Bye Fernando” (Jesus)

Dan diakhir video, ditunjukkan Lady Gaga dilampirkan bersama strings. Pada mulanya Lady Gaga mengawal lelaki itu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula dikawal. Oleh siapakah? Fikir-fikirkanlah siapa yang mengawal Lady Gaga ini. Siapakah pula dalang disebalik semua ni? Siapakah ketua? Anda mampu cari jawapannya kan? Insya-Allah pasti dapat mengetahui hal sebenar.

Sebagaimana disebutkan diatas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh membawa macam-macam .tafsiran bergantung kepada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ini jelas dan tidak perlu banyak diteka teki macam video sebelum ini seperti Telephone dan Bad Romancae. Jadi apa yang Lady Gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni Lady Gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spiritual lain .Hmm Lepas ini apa lagi yang Lady Gaga akan lalukan? Menghina Al-Quran dan Islam? Nauzubillah jauh-jauhkan lah ianya Ya Allah.

Lady Gaga ini membawa bersamanya semua agenda illuminati dan tidak tahu la macam mana ramai yang boleh terpukau dengan dia. Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragu dengan diri Lady Gaga, tindakannya dalam setiap video. tapi masih ada yang tidak boleh berhenti mendengarkannya. Ingin saya katakan disini, berhentilah mendengar lagu Lady Gaga. Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebut La-la-la Allah (Tiada Allah). Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai .Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan itu hanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan terjadi? Ya Allah, lindungilah kami daripada segala tipu daya syaitan dan sekutunya .Amin ya rabbalalamin. sumber asal vigilant citizen.

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati,semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya" (Al-Isra' 17:36)

No comments:

Post a Comment