Thursday, February 3, 2011

Seberapa Banyakkah Yang Anda Ada???

Sebenarnya ini bukan apa pun, just ingin berkongsi jep. Hahaha. Kata orang nama, panggilan dan gelaran tu memaparkan apa yang nampak pada kita. Tapi kadang2 ada jugak nama, panggilan dang elaran yang tak sepatutnya di lemparkan kepada kita. Jadi apa yang baik 2 kiranya ok lah bagi kita. Dan apa yang tak baik 2 janganlah kita ambil. Jangan kamu memanggil kawanmu dengan gelaran yang tidak baik pula ya. Aku nie tak tau lah dah berapa banyak nama, panggilan dan gelaran yang aku dapat sampai sekarang.

ZAKI

Bermakna yang cerdik. Itulah nama yang diberikan kepadaku sejak lahir lagi. Tapi amat jarang sekali kawan2 ku memanggil nama tersebut. Mungkin ada yang memanggilnya tapi ramai yang tidak. Kenapakah?? Aku pun tidak tahu sebabnya. Nak kata nama 2 panjang tak jugak, nak kata susah nak sebut tak la jugak. Hahaha.

KIE

Itulah panggilan yang ku dengar semasa zaman kanak2. Maybe kawan2 dulu pelat kot nak sebut nama betul or memang dyorang nak panggil macam 2.

JAKI @ JAKI JIPANG

Hahaha, Yang nie plak panggilan masa sekolah rendah kalau tak silap. Tapi time kat matrik pun ada la jugak segelintir kawan2 yang panggil nama 2. Nama nie tak tau lah kenapa timbul. Nak kata huruf J tu sama dengan huruf Z. Jauh sekali tak sama. Mungkin itu yang dyorang suka nak panggil. Terpulang as long as tak mengecilkan hati pendengarnya. Aku lah 2 kan. Sapa lagi...Then aku pun tak tahu jugak kenapa ada sesetengah panggil nama JAKI JIPANG 2. Nama pun ada penguat kata ker?? Hahaha. Mungkin kawan2 yang nie suka baca majalah UJANG la kot masa dulu2. Entah2 sekarang pun still layan lagi majalah 2. Hehehe. Nama 2 pun sampai sekolah menengah pun aku still digelarkan. Walaupun kawan2 masa sekolah rendah ngan menengah 2 adalah berbeza-beza.

Wan@ Wan Zaki

Nama nie plak dapat masa kena PLKN kat Mantin, N9. Walupun orang cakap program nie tak best n membuang masa, tapi bagi aku nie rasa cam best plak. Mungkin aku nie jenis mencari sesuatu untuk diri sendiri kot. Tambah2 masa kelas Character Building ngan Khidmat Masyarakat. Hahaha. Lagipun kawan2 sana ramai, sporting. Kadang2 2 selalu lepak ngan jurulatih sana. Kadang2 tu macam rasa dah duk kat umah plak. Hahaha. Bagi yang dapat pergi 2, jangan la plak menolak. Sana banyak benda boleh blaja. Iktiar Hidup, Aktiviti Air, Kembara Halangan, Aktiviti Tali Rendah & Tinggi. Macam2 aktiviti yang kena buat. Rasa terkilan jugak la, masa tyme 2 aktiviti menembak tak de lagi. Untuk penghargaan kali terakhir aku kat sana, aku join la group2 budak2 kawat. Masa tu boleh dikatakan semua orang kena join aktiviti bagi Hari Perasmian Penutup PLKN 2.

ARIEL

Hahaha. Nama nie paling gempak lah pernah aku dapat. Nie kawan masa matrik. Tak tahu lah mungkin dia nie kipas-mati-susah band PeterPan kot. Habis semua orang nak panggil ngan nama ahli kumpulan band tersebut. Mungkin jugak la, sebab masa tyme blaja matrik dulu rambut aku nie lebih kurang ngan Ariel la. Bangga diri la plak kan. Tapi realitinya tidak. Peace.

ZACKEII

Nama nie aku guna sebagai kata nama jep dulu. Aku sebenarnya tertarik ngan penamaan dalam saintifik, dimana mengunakkan bahasa Latin. Dulu da la blaja pasal2 penamaan nie. So at last aku pun try figure out nama tu daripada nama aku sendiri. Yang pasti nya kebanyakkan nama-nama saintifik flora fauna 2 asalnya daripada penemunya.

KIKI

Nama nie macam cute jer bunyinya. Hahaha. Nama nie hanya digunakkan oleh satu kumpulan jer dalam kos aku kat u. Budak kelas ktorang panggil geng E. coli. Tak der maksud yang lucah disini ya. Hahaha. Sebenarnya ianya sejenis microorganism yang hidup kat alam kita nie. Apa sebabnya geng ktorang panggil macam 2 sebab dyorng satu geng kadang2 pakai baju sama colour. Pink gitu. Jangan marah ya kepada mereka berkenaan. Maklumlah dalam identifikasi microorganism pun, koloni E. coli nie akan menunjukkan warna pink bagi koloni mereka. Nama yang aku dapat pun aku pun tak tahu lah kenapa?? Sebabnya ada pada mereka.

ATOK@TOK WAN

Pelik kan mendengarnya. Mungkinkah aku sudah tua?? Hahaha. Siapa tahu kan. Nie ada la berlaku masa tyme Final Year Projek (FYP). Biasa lah tyme nie kan budak2 yang tak sama kos pun akan kenal lebih rapat sebabnya kadang2 tu projek yang dijalankan sama dengan orang lain or hampir sama. Masa lepak2 ngan geng2 projek tempat sama kat cafe, ada la sorang pak cik dating nak duduk ngan ktorang. Sebabnya meja lain dah penuh. So bersembanglah. Lama2 tu bersembang tut2 keluar nama 2. Pak cik 2 la yang panggil aku dengan gelaran TOK WAN macam 2. Hahaha. Yang ATOK plak dengan geng budak2 FYP nie la. Maybe sebab aku da panggil salah sorang daripada geng dyorang 2 mak cik kot. Hehehe. Sori 2 state here.

Abang Zack

Kepada budak2 JKPP 2 trimas la panggil gitu. Hahaha. Kadang2 2 rasa segan plak. Ye la panggil Abang Zack gtu. Mana tak nya kadang2 ada yang sama umur than ada yang lebih tua daripada aku kot yang panggil gitu. Tapi aper2 pun tyme bersama korang memang terbaek punya. Walaupun macam2 berlaku, pun pan pun pan sana, pun pan pun pan sini. Hahaha. Walaupun masa dalam organisasi 2 tak lama tapi banyak jugak program yang dijalankan bersama. All da best 2 all of u.

aBe

nie sebenarnya daripada loghat Qlate. Hahaha. Sememangnya aku nie anak jati Qlate. Kalau bahasa melayunya Abang. Bukan aku nak suh semua orang anggap aku nie abang pada mereka. Tapi semua itu tidak. Aku nie sekarang anak yang ke-3 daripada 4 orang adik beradik. 2 orang kakak di atas dan sorang adik lelaki lepas aku nie. Mungkin aku bukan nya anak yang sulung tetapi sulung lah jugak bagi lelaki dalam family aku. Sebenarnya aku bukanlah anak yang ke-3 daripada 4 dan kakakku yang sulung sekarang adalah yang pertama. Jika diberikan umur yang panjang dan rezeki oleh-NYA. Mungkin aku sudah mempunyai abang. Sebelum kakakku yang sulung sekarang masih ada 4 orang lagi, 2 lelaki dan 2 perempuan dan selepas adik bongsuku sekarang masih lagi ada 2 orang, 1 lelaki dan 1 perempuan. Kalau dihimpunkan aku mempunyai 10 adik beradik dan aku anak yang ke-7. Tapi Allah itu Maha Kaya dan Maha Mengetahui. Keenam2 mereka telah kembali ke Rahmatullah sejak kecil lagi. Al-Fatihah kepada mereka. Mungkin ada sedikit terkilan dihati ku tidak mempunyai abang. Tetapi kehidupan mesti diteruskan. Ianya tak bernoktah disitu. So sampai sekarang aku carried lagi nama as aBe dalam family ataupun kat luar.

Walau apapun nama, gelaran dan panggilan yang kamu terima. Anggaplah itu satu anugerah dan buktikanlah apa yang kamu boleh lakukan. Tak semua gelaran itu baik dan tak semua gelaran itu buruk. Mungkin dengan nama kamu boleh Berjaya dan mungkin dengan nama kamu boleh jatuh tersungkur. Kita manusia hidup bagaikan roda. Sekejap diatas sekejap dibawah. Itulah mengajar kita akan kehidupan di alam fana ini.

No comments:

Post a Comment